BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 24 November 2008

MENGUATKAN KEKUATAN PENUMBUK



Cara menumbuk yang betul akan menjadikan tumbukan anda lebih kuat dan laju. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelajuan anda,iaitu mobiliti, ketahanan dan keanjalan stamina, fizikal dan kecergasan mental.

Maka, latihan mekanikal yang tepat dan tetap adalah amat penting. Latihan, latihan dan latihan. Tanpa diketahui, tangan anda akan menjadi lebih laju dan ini secara tidak langsung menjadikan anda orang yang berbahaya. Antara latihan yang dapat dijalankan ialah tekan tubi, menggunakan tali, latihan reflex. Cara-cara ini mudah kerana tidak memerlukan ruangan yang luas. Yang diperlukan hanyalah sedikit impian. Impian untuk menjadi hebat. Sebelum memulakan latihan, lakukan senaman memanaskan badan terlebih dahulu.

Tekan tubi

1. Untuk meningkatkan kelajuan tangan, anda mesti menguatkan tangan anda dahulu. Tekan tubi boleh dilakukan dengan menepuk tangan, genggam tangan ataupun dengan sebelah tangan sahaja.

2. Mula tekan tubi tepuk tangan dulu. Dalam kedudukan tekan tubi, tolak badan anda naik.Kemudian, tepuk tangan dan kembali ke kedudukan asal bagi mengulang semula.

3. Seterusnya adalah tekan tubi dengan menggenggam tangan. Seperti biasa, dalam keadaan tekan tubi, gemggamkan tangan anda. Dengan demikian, tolak diri anda naik untuk sementara. Kemudian kembali ke kedudukan asal bagi mengulang semula.

4. Ketika anda melakukan tekan tubi dengan sebelah tangan, letakkan sebelah tangan yang satu lagi di belakang anda. Buka kaki anda lebih luas supaya lebih stabil untuk mencapai keseimbangan.

5. Pada permulaan, lakukan 3 set dengan 10 ulangam bagi setiap jenis. Anda kena meningkatkan bilangan set dan ulangan secara berperingkat-ringkat untuk menambahkan kekuatan anda.

INI ADALAH DIANTARA PETUA2 UNTUK MENINGKATKAN LAGI KEKUATAN PENUMBUK ANDA. CARI DAN GALI LAH PETUA2 MILIK NENEK MOYANG KITA UNTUK DIKONGSI BERSAMA.

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

1

0 ulasan :